Tabung

Thursday, May 7, 2015

Part l: pengalaman bersalin kali kedua

Assalamualaikum W.B.T

Tajuk cam kelakar la plak.. macam tajuk cerita doremon. Hihihi. Tak per lah. aku just nak share dan nak simpankan kenangan bersalin yang kedua ni sebelum aku lupa. Betullah apa orang kata setiap anak tu pengalaman mengandung dan bersalin dia tak sama. Masa mengandung kan kakak iman dulu.. aku memang dapat alahan. tak bole bau kayu. sabun mandi kene tukar setiap minggu (serius ok sebab kalau lebih seminggu aku akan rasa sabun tu busuk gile). muntah masa awal mengandung. Tapi time adik dia si umar aku tak ada dapat alahan langsung. cuma kepala pening masa mula-mula.selera makan bertambah-tambah.hihi..

ok lah.sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku masa nak bersalin kan umar.. EDD umar sepatutnya 21hb April 2015 dan kalau aku tak bersalin juga sebelum 20hb tu aku kene serah diri dan kene paksa bersalin 21hb tu juga sebab aku ada GDM. Aku tak nak sebab apa yang aku dengar dan baca bila kene induce sakitnya Allah saja yang tahu jadi lagi 2 minggu nak bersalin tu aku dah pujuk baby supaya keluar.. ibu dah ready dah.. hihihi.. (padahal dalam hati takotnye).. macam iman dulu aku bersalin kan masa iman 39 minggu dan keluar tanda lendir coklat seminggu sebelum bersalinkan iman tapi time umar ni tak de tanda sangat. walaupun ada pengalaman masa bersalinkan iman dulu tapi bila sampai nak bersalinkan umar ni aku jadi blur dan macam tak tau apa-apa..

pengembaraan kisah ni bermula seminggu sebelum aku bersalinkan umar
9hb April (khamis) time ni aku masih kerja lagi pegi office dekat bukit jalil. tengah buat keje ni tetibe perut aku rasa mengeras dan rasa sakit nak bersalin. aku tahan lagi, dalam hati terdetik dah sampai masa nak bersalin ke ni.. aku siapkan kerja aku apa yang patut kot-kot lah esok bersalin. Tetibe officemate aku Kak Yana tanya.. "Napa muka you berkerut macam sakit je rin? " Aku just cakap sakit macam nak bersalin.. kak yana dah panic takut kalau-kalau betul-betul aku nak bersalin sebab pengalaman kat office ada staff bersalin kat office buat Kak Yana takut aku pun sama juga.. hihi.. dia suruh aku stop buat keje dan packing semua barang aku and decide dia nak hantar aku balik sebab takut kalau-kalau jadi apa-apa. huhuhu.. aku kata aku boleh drive lagi tapi kak yana tegah aku dia cakap bahaya.. jadi dalam pukul 5 petang tu kak yana, kak yani,diana dan kinah hantar aku balik.. hahaha.. ramaikan escote aku.. kiki.. dalam pada tu aku sempat minta maaf kat teammate aku yang lain dan minta dorang doakan aku selamat bersalin time tu aku dah menangis-nangis.. hahaha. kelakar betul.. jadi kita orang pun bergerak lah balik.. aku naik kereta dengan kak yana dan kinah.. kak yani drive kete aku dengan diana. disebabkan kak yana takot aku nak bersalin dah dia decide suh pegi hospital terus.. tapi.... bila kita orang sampai je dekat hospital sakit tu makin kurang.. aku sampai je dekat hospital nurse check CTG untuk check degup jantung baby dan kira contraction.. lepas tu mak bidan check bukaan. bila check bukaan baru 1cm lah dik.. dia tanya rumah aku kat mana? aku cakap meru.
Mak bidan tu kata suruh balik dulu sebab baru 1 cm (dalam hati aku ada rasa sikit stress sebab baru 1 cm walaupun memule tu aku da nanges-nanges takot nak bersalin). Dengan muka yang sebal dan laju je aku jalan.. kak yana,kak yani,diana,kinah dengan suami aku adi dorang tunggu kat luar sementara aku check CTG tadi pelik tengok aku jalan laju-laju.. diana spontan cakap " eh.. laju je jalan.. dah tak sakit ke kak rin?" hahahah.. time tu aku rasa macam serba salah je kat dorang sebab jauh-jauh datang hantar aku sampai hospital.. huhuhu.. aku cerita la apa yang mak bidan cakap kat dalam bilik CTG tadi.. muke masing-masing macam hampa pun ada. sebab aku tak bersalin lagi.. hahaha.. jadi pulanglah aku dengan perasaan hampa sebab belum lagi masanya aku nak bersalin..

kita sambung lagi next entry yer semua...

No comments:

Post a Comment