Tabung

Friday, May 6, 2011

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W

Semua orang ada makanan kegemaran masing- masing. macam aku suke makan laksa.. sedap~~hehehe... macam korang suke makan ape? tapi sape yang tau makanan kegemaran Rasulullah? so mari aku kongsikan serba sikit tentang makanan kegemaran Rasulullah. Aku dapat info ni dari email aku. Semestinya makanan kegemaran Rasulullah ini mengandungi banyak manfaatnya yang sangat berguna yang kite kadang-kadang sendiri pun tak tau kan.... :)



1. Barli – Amalkanlah meminum sup barli kerana ianya sangat baik untuk meredakan demam.
2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar, rumahnya seperti tiada makanan", Bagi ibu mengandung, digalakkan mengambil kurma sebagai makanan tambahan
3. Buah Tin – Sesiapa yang ada buasir digalakkan memakan buah yang dikatakan adalah buah dari syurga
4. Anggur – Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sangat gemar memakan buah anggur? Dikatakan dapat membersihkan darah, memberi tenaga , menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu – merupakan penawar terbaik bagi penyakit cirit-birit sekiranya diminum dengan air panas. Ia digunakan untuk menaikkan selera serta menguatkan perut, ia juga dikatakan dapat dijadikan sebagai pengawet daging, perapi rambut, dan pencuci mulut. Ia juga dipercayai sangat berkhasiat sekiranya di ambil pada waktu pagi bersama air suam.
6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".
7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan panas/haba di hati hati seperti jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan mengelakkan kita daripada penyakit nyanyuk.
8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata.Dikatakan juga bertindak sebagai perancang keluarga dan menahan daripada lumpuh.
9. Minyak Zaitun – dikatakan sangat elok untuk kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan daripada syaitan dan iblisselama 40 hari
11. Cuka - Rasulullah S.A.W. sangat suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu popular di restoran elit di Itali)
12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru".

so sekarang korang dah tau kan? hehehehe.... jumpe di lain entry... tata~~~











-ryn-



No comments:

Post a Comment