Tabung

Monday, April 25, 2011

Kempen minum air masak!!





sapa tak suke minum air masak angkat tangan... ruginyer lah.hehehe.. Nape ramai orang tak suke minum air masak ek??. ermm... mungkin dorang tak suke sebab air masak tak der rasa, tak der warne tak menarik nak minum atau apa2 lagi la. Atau pun maybe dorang minum tapi tak menjadikan air masak tu sebagai minuman utama la kot. Meh aku nak cite pasal air masak.korang tau tak minum air masak ni banyak kebaikan selain mengekalkan kesihatan dan awet muda dengan cara yang paling murah. tak payah nak pegi gym ke spa bagai.hehehe... tak caye lagi??

1.Melancarkan sistem pencernaan

bagi korang2 yang ada masalah tentang pencernaan, ini lah jawapan nya.selain dari banyak makan buah-buahan, minum air masak pun salah 1 cara untuk melancarkan pencernaan korang. selain membersihkan buah pinggang.

2.kecantikan

untuk kulit yang lebih cantik mesti bermula dari dalam. nak kulit yang halus mulus? air masak lah jawapannya..hehehe.. muka korang akan jadi segar dan lembab. kedutan pun kurang sebab muka korang tak kering.








3. badan segar

Bila korang amalkan minum air masak badan korang akan segar. sekaligus mengawal suhu badan korang. lagi2 dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, kejap2 panas pastu hujan. air masak boleh mengawal suhu badan korang dan boleh mengelak dari kene demam. kan dah jimat duit korang dari gi jumpa doktor..hehehehe.. duit tu leh la korang gunakan kearah yang lain pula.. kan..kan..kan..

4. kurus badan

salah satu cara diet yang berkesan,kuruskan badan dengan minum air masak. caranya minum air masak sebelum makan, lepas tu korang akan rasa kenyang sebab korang dah minum air sebelum tu.


banyak lagi sebenarnya kebaikan air masak ni.. so jom kite kempen ramai2 sume supaya minum air masak. sepatutnya kene kempen dari budak2 lagi. Ajar anak2 minum air masak dari kecik. Jangan galakkan minum air bergas.tak elok untuk perut.okey.. penah dah.. nanti kite sambung lagi ek.. tata~~

-ryn-

2 comments: